CIRI SAHABAT
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-
Dalam kehidupan seseorang itu tidak akan lengkap dan tidak sempurna jika tidak mempunyai sahabat walaupun hanya seorang . tidak kira muda , tua , sihat , sakit dan sebagainya .
Dan sebelum kita mahukan sahabat sejati , berDATINGlah(bertemu) dengan si cermin ,berhadapan lah dengan si cermin . bertanyakanlah kepada si cermin "apakah aku layak mendapat seorang sahabat?LAYAKKAH AKU WAHAI SI CERMIN ?"
tatap dan renungkanlah~
APAKAH CIRI-CIRI SAHABAT SEPERTI INI ?
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
RASULULLAH SAW mengingati kita supaya berhati-hati dan telitikan lah ketika memilih kawan.
“Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
kenapa ? mengapa?
punca utama menyebabkan mereka terjerumus dalam kejahatan mahupun kebaikan ialah pengaruh rakan sebaya . mereka akan mendengar cakap atau bergurukan kawan berbanding ibu bapa mereka sendiri .
selangkah kamu keluar dari rumah , sebelah kaki sudah menjerumuskan kamu kepada kejahatan.dan jika kamu memilih sahabat yang salah , maka lengkaplah kamu untuk dijerumuskan .